Wednesday

Menjadi Aku

Menjadi AKU..Menjadi diri sendiri bukanlah susah. Tetapi kadang-kadang ianya terlalu payah untuk diturutkan. Pepatah pernah mengatakan "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum". Jadi bukankah disitu pun jelas menunjukkan yang berlakon untuk menjadi bukan diri sendiri perlu di sesuatu tempat atau keadaan. Kenapa perlu dikatakan plastik sekiranya perkara itu mendatangkan kebaikan dan kesenangan pada orang lain? Mengapa perlu mengecam tindakan orang lain sedangkan tidak di siasat dulu pangkal hujungnya sesuatu perkara itu terjadi.

Aku adalah aku. Aku bukan kau. Kau tak mampu menjadi diri aku. Kenapa perlu dibandingkan aku dengan orang lain. Kenapa tak mampu menerima diri ini seadanya. Kenapa? Andai diri ini tidak cukup sempurna buat sesiapa yang mengenaliku, lepaskan perasaanmu. Biarku tahu. Aku tak mampu menjadi seperti yang kamu mahu namun aku mampu berusaha menggapai ke arah itu..

No comments:

Post a Comment