Sunday

Cinta Ini Selalu Untukmu…






Ketika bersamamu
aku menemukan erti memiliki
aku menemukan sebuah kebahagian
aku menemukan apa yang tak aku temukan diperjalan cintaku

Sayang..
kau harus tahu
cinta ini akan selalu milikmu
selamanya aku selalu milikmu
jangan pernah belajar untuk meninggalkan aku
kerana aku..
SANGAT MENCINTAI DIRI MU SEPENUH HATI KU.. :)

Hargailah Insan Yang Disayang Sebelum Terlambat

Pernah kita terleka seketika, apabila kita sering melupakan orang yang sering bersama kita susah dan senang, dan pada saat itu kita tidak menghargai dirinya.. Mungkin akibat sedikit kesilapannya, kita telah melupakan segala keseronokkan bersamanya.. Pernahkah? 
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU….
MENGASIHIMU…. dan
MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA!

cemburuku


Sungguh ku cemburu engkau bakal melangkah ke alam perkahwinan..
bukan cemburu kerana engkau menemui cinta terlebih dahulu…
tetapi
cemburu kerana kau bakal menyempurnakan separuh dari agamamu…
cemburu kerana setiap tindak baikmu terhadap pasanganmu bernilai ibadah..
cemburu kerana engkau berjaya menyempurnakan sunnah Nabi kita..
cemburu kerana engkau bakal menjadi penyambung umat Nabi Muhammad…
sungguh aku cemburu…..
Ya Allah…
janganlah Engkau jadikan cemburuku ini berlandaskan amarah dan nafsu..
janganlah Engkau biarkan cemburu ini menerbit prasangka dan kebencian…
sesungguhnya aku cemburu namun turut berbahagia kerana syaitan bakal menangis melihat satu lagi pasangan dari kalangan hamba-Mu mendirikan rumahtangga demi menggapai redha-Mu….
Sesungguhnya hanya pada-Mu aku berdoa dan berharap..
janji-Mu itu pasti…
Engkau telah sediakan jodohku sejak Luh Mahfuz lagi…
akan ku sabar menanti….
juz wanna love you in the halal way ^_^

Friday

aku VS dia


Adakah dia mengingati aku sebagaimana aku mengingatinya?

Adakah dia merindui aku sebagaimana aku merindunya?


Adakah dia mengasihi aku sebagaimana aku mengasihinya?


Adakah dia menyayangi aku sebagaimana aku menyayanginya?


Adakah dia menyintai aku sebagaimana aku menyintainya?


Adakah dia menerima diriku seadanya sebagaimana aku menerima dirinya?


Adakah dia menghormatiku sebagaimana aku menghormatinya?


Adakah dia memahamiku sebagaimana aku memahaminya?


Pelbagai persoalan muncul di benakku kini...


Adakah dia memang ditakdirkan untukku?


Adakah dia yang terakhir dan selamanya untukku?


Adakah dia akan menjadi Sahabat sejatiku? Suamiku? Ayah kepada anak-anakku?


Terlalu banyak soalan yang tidak dapat aku jawab buat masa sekarang dan aku tidak mampu untuk bertanyakan dia jua...

dah hilang baru nak menyesal

Bila orang dah benci baru nak layan  baik-baik...Bila orang dah naik menyampah baru nak cuba ambil hati...Bila orang buat-buat tak tahu baru nak meyesal berbagai..Bila orang dah tak layan sms, call baru terhegeh-hegeh baru nk sibuk-sibuk dok call buat-buat silap sms la...Bila orang dah hilang baru sibuk mencari sana sini...Hargailah orang di depan mata sebelum dia dah tak nak layan, dah jauh hati, dah benci atau terus hilang....

benda perempuan tak suka


1. Ditanya macam-macam soalan... contohnya awak ada bf? awak keje mana? awak da makan? awak mengantuk x? Macam mana keje skg? Haish... naik menyampah jugak bila dok tanya banyak... "Women don't like question"...


2. Memerlukan dia buat keputusan.... Kita nk g mana ek? Tempat makan mana best? Bowling ke wayang best? Perempuan lebih suka lelaki mengambil peranan dlm buat keputusan.. Yela dah awak yang ajak keluar, mesti la awak dah planning nk g mana, makan kat mana, nk buat apa..


3. Keputusan/Pendapat dikritik... Bukannya tak boleh terima cuma kan boleh ambik pendekatan yang lebih baik sekiranya kurang bersetuju.. Nie terus "potong" bila orang bg pendapat... Hilang mood..


4. Terlampau merendah diri... "Yela awak budak pandai", "Saya nie SPM jer" "Awak tue pegawai kn".. Aku cukup menyampah bila orang ckp cenggitu..  Aku x kisah pon nk berkawan dengan sapa tp bila orang ckp mcm tue aku memang buat boo layan jer la... Jangan marah kalu aku x tegur sebab aku x suka orang ckp mcm tue...


5. Lelaki lebih sensitif dari pompuan... dia pulak yg nk merajuk lebih-lebih... cakap sikit dah sentap... kita pulak jenuh nk jaga hati dia...


6. Ego! Nie lagi la teruk.. rasa diri dia saja yang betul.. Apa dia ckp semuanya betul... Kita ckp semuanya x betul... Kena jaga perkataan, Jangan salah guna ayat la... 


7. Dia perasan kata dia lelaki melayu terakhir.. Hensem la konon, Idaman semua perempuan la kn? Macam mana teruk pun lelaki tue akhirnya dia akan memilih perempuan yg baik-baik untuk dijadikan isteri... Tp perangai Subhanallah... 


8. Dikritik semua hal la... Percakapan dia, Perbuatan dia, Pakaian dia, kawan-kawan dia.. semua la... macam aku kata td... " Ibarat menarik benang dalam tepungbenang tak putus, tepung tak berserakan"... tegur cara baik la... nie kata terus buat orang "down"...


9. Lelaki berperangai macam pompuan... Gosip dia lebih, kalau dia call kita, dia pon nk kita macam tue jugak... kalau dia msg kita dulu, nanti kita pulak kena msg dia dulu pulak.. ada jugak kan macam tue..


10. Bermain tarik tali.. dia nie suka kita ke x? Layan macam kita nie spesel tapi seolah-olah tiada apa pon berlaku... bila tanya dia ckp "kawan" jer... hish bazir masa jer.. memang x paham...

makan hati berulamkan jantung

sebenarnya "hati" yang disebut adalah berkenaan perasaan dan emosi seseorang.... selalunya bila disebut pepatah ini, orang itu tgh dilanda kesedihan,kekecewaan dan hati yang tak tenang...

Makan hati bermaksud seseorang tengah sedih, dilanda kekecewaan, dan marah dengan seseorang tapi tidak terluah..


Berulam jantung hanyalah perumpamaan yang menyokong kepada makan hati... maksudnya orang itu benar-benar dilanda kesedihan yang amat sgt...


Apa yang menyebabkan orang makan hati nie?


1. Dapat tahu orang menipu

2. Dapat tahu kekasih hati keluar dengan orang lain...

3. Dapat tahu kekasih hati ada kekasih lain/sayang pada yang lain/tidak setia...

4. Dapat tahu orang tikam dari belakang "backstabber"

5. Dapat tahu orang mengutuk/mengata tentang diri kita..

6. Dipulaukan oleh kawan-kawan..

7. Bila orang kita sayang kritik/kutuk/marah kita depan orang lain...

8. Bila orang kita sayang buat keputusan tanpa tanya pendapat kita...

9. Bila orang kita sayang lebih rapat dengan orang lain..

10. Bila kita tidak lagi menjadi kesayangan/istimewa bg orang yang kita sayang...