Sunday

Hargailah Insan Yang Disayang Sebelum Terlambat

Pernah kita terleka seketika, apabila kita sering melupakan orang yang sering bersama kita susah dan senang, dan pada saat itu kita tidak menghargai dirinya.. Mungkin akibat sedikit kesilapannya, kita telah melupakan segala keseronokkan bersamanya.. Pernahkah? 
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU….
MENGASIHIMU…. dan
MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA!

No comments:

Post a Comment