Kenali Maksud Cinta
Cinta tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi,cinta membawa  penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.  Di mana ada cinta di situ ada kehidupan manakala kebencian membawa  kepada kemusnahan. 
Tuhan memberi kita dua kaki untuk  berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua  mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping  hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada  seseorang untuk kita mencarinya.Itulah namanya Cinta. 
Ada  2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.Satu titis air mata tu  menyapa air mata yg satu lagi,”Saya air mata seorang gadis yang  mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang  menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu  sahaja."
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. 
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. 
Jangan  sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba.  Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali  mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat  melupakannya. 
Perasaan cinta itu dimulai dari mata,sedangkan  rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai  seseorang, cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu Coba menutup  matamu dari orang yang kamu cintai,cinta itu berubah menjadi titisan  air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. 
Cinta  datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah  dikecewakan.Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah  dikhianati.Kepada mereka yang masih ingin mencintai,walaupun mereka  telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian  dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. 
Jangan  simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal  dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu  pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan  dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan  menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum  bertemu dengan orang yang tepat,kita harus mengerti bagaimana berterima  kasih atas kurniaan itu. 
Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi  membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi  membangkitkan semangat. 
Cinta dapat mengubah pahit menjadi  manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi  rahmat. 
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak  mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan  kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu  kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu  bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu.Hanya untuk menemukan  bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya  pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. 
Tuhan  ciptakan 100 bahagian kasih sayang.99 disimpan disisinya dan hanya 1  bahagian diturunkan ke dunia.Dengan kasih sayang yang satu bahagian  itulah,makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya  kerana takut anaknya terpijak. 
Kadangkala kamu tidak menghargai  orang yang mencintai kamu sepenuh hati sehinggalah kamu kehilangannya.Pada saat itu tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. 
Jangan  mencintai seseorang seperti bunga kerana bunga mati kala musim  berganti.Cintailah mereka seperti sungai kerana sungai mengalir  selamanya. 
Cinta mampu melunakkan besi,menghancurkan batu,membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat  budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta! 
Permulaan cinta  adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan  tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.Jika tidak kamu  hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam  dirinya. 
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap  diri manusia,ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan  suci.Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.Jika ia jatuh  ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan,kedustaan,penipu,langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh  kesuciaan hati,keikhlasan,setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain  perangai yang terpuji.
Kata-kata cinta yang lahir hanya  sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa  raga,manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu  untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. 
Kamu  tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta namun apabila sampai  saatnya itu raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi  dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. 
Cinta bukanlah kata  murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah  anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai  kesuciannya. 
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.Bukan  cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.Bukan kekasih namanya  jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. 
Bercinta memang  mudah.Untuk dicintai juga memang mudah.Tapi untuk dicintai oleh orang  yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Satu-satunya cara agar  kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa  mengharapkan balasan.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment