Tuesday

Maafkan Aku :'(

Maafkan aku Ya Allah, kerana selalu lupa pada Mu.. Kerana selalu lalai dengan suruhan Mu...Maafkan hamba Mu ini Ya Allah kerana alpa dengan nikmat dunia yang hanya sementara...sehingga hambaMu ini lupa apa itu dosa dan pahala apa itu haram apa itu salah. Maafkan hamba Mu ini Ya Allah...Ampun kan lah dosa ku ini Ya Allah.. Kerana aku jauh dari Mu..maka aku di uji supaya aku kembali kejalan Mu Ya Allah...Aku hampir rebah namun bangkit semula kerana aku tahu..setiap ujian Mu itu menunjukkan Engkau sayang pada hamba Mu ini.

    Maafkan aku Abah,Mama,Nenek,Atok...kerana tak dapat menjadi anak/cucu yg solehah seperti yang engkau mahukan.... Selalu membuat abah,mama,nenek,atok susah hati dengan masalah yang dihadapi anak/cucu mu ini. Sepatutnya Anak/cucu mu ini yang besar panjang ini buleh berfikir yang mana betul dan salah...Maafkan anak/cucu mu ini wahai keluarga kesayangan ku.

    Maafkan aku Adik-adik ku.. Kerana aku tak dapat menjadi kakak yang terbaik utk kalian semua...tak dapat menjadi contoh agar menjadi teladan di kemudian hari. .Maafkan kakak mu ini adik2 ku kerana kakak mu ini masih belum matang membuat keputusan. Maafkan kakak mu ini adik-adikku.

   Maafkan aku sahabatku... Kerana aku sudah tak seperti dulu...Maafkan aku sahabat ku kerana aku sudah menjauhkan diri dari kalian. Maafkan aku sahabat ku kerana aku tiada di saat kalian memerlukan. Maaf kan daku sahabat ku kerana aku suka menyepikan diri akhir2 ni dari pengetahuan kalian..maafkan aku sahabat ku...

 
  Maaf kan lah aku...kerana aku pun tak disangka aku akan di uji sebegini....sehingga berubah jauh sekali..maafkan aku....kerana aku insan yang lemah yang tak lari dari ujian tuhan yang ingin melihat kekuatan hambanya... Ya Allah berikanlah kekuatan pada hamba mu ni Ya Allah utk membuat perubahan dan melangkah ke depan....

TERIMA KASIH AWAK TELAH MENYEDARKAN SAYA..
MAAFKANLAH AKU...
:(

No comments:

Post a Comment