Kekasihku, katakanlah seluruh isi hatimu kepadaku
Katakanlah bahawa engkau menyimpan dan mempunyai kerinduan yang sama sepertiku
Katakanlah bahawa engkau menyayangiku, seperti aku menyayangimu
Katakanlah bahawa, di lubuk hatimu hanya terukir satu nama iaitu namaku
Kekasihku, ucapkanlah kata-kata cinta yang benar benar tulus dan suci, agar aku tahu bahawa tiada perempuan lain di hatimu kecuali diriku
Dan tiada cinta yang pernah kau bagi, kecuali sepenuhnya untukku
Kekasihku, aku teramat mencintaimu
No comments:
Post a Comment