Sunday

Hatiku Di Kinabalu


Aku gatal nak tulis pasal cerita Hatiku di Kinabalu.Maklum la baru sudah tengok cerita ni so masih ada feeling sampai nangis-nangis..hehehe.Aku tengok cerita ni pun sebab pelakon macam best je, Irma Hasmie dan Yana Samsudin serta Zul Ariffin. 

Akibat cakap besar, Anuar dipaksa panjat Gunung Kinabalu oleh rakannya .  Dia bersumpah bahawa dia akan panjat Gunung Kinabalu jika dia jatuh cinta pandang pertama . Gadis bernama Qistina, telah berjaya menambat hati Anuar, pertama kali dia melihat Qis.
"Saya pernah bersumpah , kalau saya jumpa cinta pandang pertama saya ♥
saya akan panjat gunung kinabalu " Anuar
Pada cuti semester, Anuar ke Sabah. Dengan perancangan rapi daripada kawan Anuar, Qistina dan Anuar bertemu dan sama-sama mendaki Gunung Kinabalu.Kemudian mereka berkahwin dan mempunyai seorang anak.Namun,malang tak berbau,selepas dikurniakan seorang anak bernama Maya,Qis koma akibat kemalangan jalan raya.

5 tahun kemudian, Qis belum sedarkan diri. Anuar mula kenal dengan Lara dan disarankan kawin oleh bapa mertua dia sendiri, Bapak Qis.Dengan alunan melodi , tinggi-tinggi Gunung Kinabalu oleh Maya ,Qis tersedar dari koma. Maya kini, berusia 12 tahun. Sikap dingin Maya membuatkan Qis sedih .

Maya merasakan Qis mengganggu rutin kehidupan dia dengan uminya, iaitu Lara lakonan Irma Hasmie. Sedangkan perkahwinan Lara dan Anuar dirahsiakan.Akhirnya Qis dah tahu pasal perkahwinan Anuar dan Lara.Lalu Maya sedar bahawa semua kejadian bukan kehendak mama dia dan merupakan takdir yang tidak boleh diubah. 

 Dengan sekelip mata
terlerai semua ketentuan masa

No comments:

Post a Comment