Monday

kesedihan hati

Kadang-kadang hati terasa sangat sayu dan sepi.Walau teman ramai di sisi, kesepian itu tetap terasa tanpa sebarang sebab air mata akan mengalir.Bila berada dalam keadaan ini, memang air mata akan jatuh dengan mudah, tanpa sebab dan hanya kerana sebab yang tersangat remeh. Jangan ganggu hati ketika ini, jangan di ingat perkara-perkara yang lama2,jangan dikenang kesedihan itu, pasti air mata akan mengalir...

Apabila air mata itu sudah puas dilepaskan,dada akan terasa lapang dan lega...Pelbagai cara ada untuk melepaskan kesedihan hati dan kebanyakannya dengan menjatuhkan air mata.Setengah orang,air matanya sangat mudah jatuh, mudah hanya kerana sedikit perkara yang menyentuh hati, dia akan mudah mengalirkan air mata.

No comments:

Post a Comment