Wednesday

Insomnia Penyakit Sukar Tidur

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di bawah? Ianya melibatkan semua kumpulan umur. Di kalangan orang dewasa, permasalahan memberi kesan yang lebih kerap kepada wanita berbanding lelaki. Insiden ini cenderung meningkat dengan faktor usia seseorang.



Jika ya! Anda berkemungkinan besar menghidap penyakit Insomnia. Insomnia adalah penyakit ganguan tidur atau dalam erti kata lain susah nak tidur. Ianya biasa disebabkan gangguan stress, tekanan perasaan dan juga banyak memikirkan permasalahan. Kadang-kadang kita sudah berada di katil, tetapi mata masih tidak terlelap. Lagi teruk sekiranya setelah hampir 1 jam atau dalam jangka masa yang lama, masih tidak dapat melelapkan mata.

Cara Mengatasi :
  1. Cuba elakkan dari minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi.
  2. Cuba pasang lagu berentak slow yang boleh menyebabkan anda terlena.
  3. Minum susu suam sebelum tidur.
  4. Pastikan tidur dan bangun tepat pada masanya, jangan melewatkan tidur anda.
  5. Jangan melakukan kegiatan fizikal berlebihan di malam hari.
  6. Jika tidak dapat tidur setelah 30 minit berlalu, bangun dan cuba lakukan aktiviti yang tenang boleh menyebabkan anda mengantuk. Setelah itu, kembali tidur seperti biasa.
  7. Pastikan suasana tempat tidur anda selesa.
  8. Elakkan dari tidur di siang hari, jika terasa ingin tidur juga, maksimum 30 minit sudah mencukupi.
  • Jika boleh, jangan mengambil ubat tidur kerana ia boleh membawa kemudaratan pada jangka masa yang panjang.
Penyakit ini membawa implikasi kurang baik dalam kehidupan kita contohnya seperti lewat bangun, gagal menghadirkan diri pada satu-satu perjumpaan, ketinggalan kelas, selalu mengantuk di siang hari dan lain-lain lagi. :D

No comments:

Post a Comment