1.
Ditanya macam-macam soalan... contohnya awak ada bf? awak keje mana?
awak da makan? awak mengantuk x? Macam mana keje skg? Haish... naik
menyampah jugak bila dok tanya banyak... "Women don't like question"...
2.
Memerlukan dia buat keputusan.... Kita nk g mana ek? Tempat makan mana
best? Bowling ke wayang best? Perempuan lebih suka lelaki mengambil
peranan dlm buat keputusan.. Yela dah awak yang ajak keluar, mesti la awak
dah planning nk g mana, makan kat mana, nk buat apa..
3.
Keputusan/Pendapat dikritik... Bukannya tak boleh terima cuma kan boleh
ambik pendekatan yang lebih baik sekiranya kurang bersetuju.. Nie terus
"potong" bila orang bg pendapat... Hilang mood..
4.
Terlampau merendah diri... "Yela awak budak pandai", "Saya nie SPM jer"
"Awak tue pegawai kn".. Aku cukup menyampah bila orang ckp cenggitu..
Aku x kisah pon nk berkawan dengan sapa tp bila orang ckp mcm tue aku
memang buat boo layan jer la... Jangan marah kalu aku x tegur sebab aku x
suka orang ckp mcm tue...
5.
Lelaki lebih sensitif dari pompuan... dia pulak yg nk merajuk
lebih-lebih... cakap sikit dah sentap... kita pulak jenuh nk jaga hati
dia...
6.
Ego! Nie lagi la teruk.. rasa diri dia saja yang betul.. Apa dia ckp
semuanya betul... Kita ckp semuanya x betul... Kena jaga perkataan,
Jangan salah guna ayat la...
7.
Dia perasan kata dia lelaki melayu terakhir.. Hensem la konon, Idaman
semua perempuan la kn? Macam mana teruk pun lelaki tue akhirnya dia akan
memilih perempuan yg baik-baik untuk dijadikan isteri... Tp perangai
Subhanallah...
8. Dikritik semua hal la... Percakapan dia, Perbuatan dia, Pakaian dia, kawan-kawan dia.. semua la... macam aku kata td... " Ibarat menarik benang dalam tepung; benang tak putus, tepung tak berserakan"... tegur cara baik la... nie kata terus buat orang "down"...
9.
Lelaki berperangai macam pompuan... Gosip dia lebih, kalau dia call
kita, dia pon nk kita macam tue jugak... kalau dia msg kita dulu, nanti
kita pulak kena msg dia dulu pulak.. ada jugak kan macam tue..
10.
Bermain tarik tali.. dia nie suka kita ke x? Layan macam kita nie
spesel tapi seolah-olah tiada apa pon berlaku... bila tanya dia ckp
"kawan" jer... hish bazir masa jer.. memang x paham...